Friday, May 2, 2008

Salam perkenalan...

Photobucket Salam perkenalan untuk semua para blogess. Buat pertama kalinya menerusi medan ini, kita muncul nak bercerita tentang separuh perjalanan hidup ini.

Hmmm tidak semua peristiwa dlm kehidupan ini yang buruk bila dikenang mahu pun indah untuk diceritakan semuala kan?

Bagi saya... ada peristiwa indah yg jika dikenang kembali menjadi satu rasa malu yang agak membebankan perasaan. Namun dalam masa yang sama, ada rasa kecewa yang bila diingati semula atau lebih dramatik lagi...BILA PANDANG BELAKANG.... wei kita gagah rupanye ye?

Apa lagi yang boleh dikatakan kan? Indahnye kehidupan ini apabila kita menganggapnya indah. Tapi hidup jadi sengsara apabila kita mendustai diri bahawa kita sebenarnya hamba yang sangat lemah dan sentiasa memerlukan cinta daripada Illahi yang dalam masa sama sering kita buat-buat lupa.

Hmmm hakikat hidup. Perkara baik akan sentiasa mengatasi kejahatan. Namun ujian tetap melingkari kehidupan mereka yang berani dan sentiasa menginsafi fakta hayat ini.

Uh uhhhh...time to go back. InsyaAllah esok-esok kita cite lagi ya. Tentang nasib, tentang cinta (ahhh indahnya perasaan itu), tentang keluarga, tentang bos kita yang perlu banyak dikutuk (hehehe), tentang kengkawan kita yang macam-macam warna dan akhirnya tentang cadangan terhadap hidup ini.